SAHABAT SEJATI MEMBAHAGIAKAN
HATI
Bismillahirrahmanirrahim...
“ Seandainya engkau bertemu
seorang yg sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama
kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,menegur kelemahanmu atas
nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa
dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yg
sukar di
cari ganti…”
Rasulullah saw pernah
berpesan:
“Agama seseorang itu terletak
di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”.
Oleh itu kita hendaklah
berhati-hati dalam memilih siapa yg harus dijadikan sahabat.Apakah ciri2
sahabat yg baik?
Seorang bijak pandai berpesan
kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya
engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau
memilih orang yg sifatnya seperti berikut”
1. Jika engkau berbakti
kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan
persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan
pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan
sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu
kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan
kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yg
tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan
daripadanya dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri
(kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana
menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika kamu berdua berselisih
faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan.
TUHAN aturkan antara kita 1
pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH &
KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu dselitkan 4
tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN,
BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 perkara itu
tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 perkataan itu
tersembunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA,
MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu tersimpul
7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
No comments:
Post a Comment